Reader Yang Setia

Thursday, January 20, 2011

Karnival Jom Masuk U 2011 - Jadual Lokasi Jom Masuk U



Salam,hari ni saya nak update plak pasal Karnival Jom Masuk U 2011 khas Untuk adik-adik lepasan SPM/STPM/lepas dip.( termasuk adik aku )

Program Jom Masuk U 2011 ini merupakan program tahunan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) yang telah dilaksanakan sejak tahun 2005. Program ini juga menyediakan maklumat akreditasi dan pembiayaan kepada lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf, pelajar lepasan asasi, diploma, sijil dan diploma kemahiran

Karnival Jom Masuk U 2011 ini disertai oleh 20 IPTA, 100 IPT swasta yang terpilih, agensi di bawah kementerian, Kementerian Pelajaran, yayasan negeri, agensi pembiayaan pendidikan termasuk Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Belia dan Sukan dan MARA.

Pada Karnival Jom Masuk U 2011 ini akan memberi peluang kepada pengunjung untuk mengemukakan sebarang pertanyaan kepada wakil universiti dan kolej bagi memastikan pemohon membuat pilihan tepat mengenai program pengajian yang bakal diikuti. Disasarkan lebih 300,000 pengunjung akan hadir ke Karnival Jom Masuk U 2011 di 11 lokasi bebanding 10 lokasi pada tahun lepas.

Jom Tengok Jadual Lokasi Jom Masuk U ni..

Perkara Yg Membuatkan Lelaki Kurang Senang Dengan perempuan

Perkara yang lelaki kurang senang dengan perempuan


1. Lelaki tak suka dengan perempuan yg berpura-pura sopan santun dan lemah lembut.Lelaki lebih suka akan sikap semula jadi terhadap perempuan itu sendiri dan ia lebih menambat hati. seyes..itu lah yg lelaki suka.

2. Lelaki juga tidak suka dilayan secara emosi.Seperti terpaksa memanggil nama manja n selalu ingin belaian mesra dari pasangan anda(kecualilah jikalau anda yang mahu melakukannya!).Jika benar perasaan syg itu ada dihati,tak perlulah selalu menunjukkan secara zahir.

Wednesday, January 19, 2011

Menteri Besar Yang Penuh Kesederhanaan

Bergaya je Menteri Besar Kelantan ini menaiki motorsikal.. 
 
Tok guru The best lahh!!! Takbir! :)

suarachenta : ada tak lagi menteri besar yang cam ni?

Contest Review Blog Yiedpozi [Dot] Info

Contest Review Blog Yiedpozi [Dot] Info
ini ditaja oleh



Salam semua geng blogger dan silent reader,pasti anda kenal header blog mana ni kan? disebabkan sepet itu kacak mesti lah blog tu Yiedpozi yang punya! hik3...okay sekarang nak review blog yiedpozi dot info nih..

Yiedpozi ini mula blogging pada tahun 2010 dengan menggunakan domain blogspot iaitu Yiedlife.blogspot.com kemudian ditukarkan kepada Faridlife.blogspot.com. kalau sebelum ni yied bernaung dibawah blogspot je,tapi kali ni yiedpozi menggegarkan dunia blog dengan bernaung di bawah domain .info yang sudah pasti lebih mesra SEO kan?

Jom Blogwalking Bersama Yiedpozi

salam,kali ni nak perkenalkan pada anda " JOM BLOGWALKING BERSAMA YIEDPOZI " ,anda penat nak berblogwalking?nak bukak satu page ke satu page lain?penah bukan! ingat jangan tipu berdosa tau,tapi yang yiedpozi dot info punya ni cun lah! xperlu nak

Friday, January 14, 2011

Kata-Kata Hikmah - Kejadian,Perkara,Perlakuan


Setiap perkara ada gantinya.
Setiap perlakuan ada ganjarannya.
Setiap kejadian ada hikmah di sebalik kejadiannya.

Saturday, January 8, 2011

Every Moment...With You...


Every moment that we make it together
I'll always keep in my mind
EVERY DAY!!

Every moment that we doing together
Always make me smile
EVERY SINGLE MINUTE!!

When I'm sitting alone in my room (room ke?hahaha)
I'll always thinking
"Can we do every moment that we had again and over again?"
Oh Gosh! I LOVE YOU SO MUCH!!
Did you feel like me?
I Hope so

And now, I really2 miss u sayang!
MISS U LIKE CRAZY!


~Wish that u are sitting by my side right now. Can you?~

Sunday, January 2, 2011

Tidak Dipandang Dan Tidak Memandang - Muslimah Cantik

 
 
MAAF WANITA, wajahmu itu bukan untuk tontonan umum..Muslimah yang cantik itu Tidak memandang &  Tidak dipandang

hayatilah...


Suatu kisah
Kisah benar belaka
seorang pemuda dalam pencarian
Mencari pemilik rusuk kirinya
Sudah bertahun bersendirian
Muncullah calon yang entah ke berapa
Seperti biasa
Diusulkan emak tersayang

Bukan calang-calang calon yang diusulkan
Lulusan universiti Timur Tengah
Menghormati permintaan si anak
Yang mahu pendamping solehah
Sejuk mata memandang
Bertudung labuh litup
Pandai berbahasa Arab
Pendek kata tip top!

Si pemuda mulakan istikharah
Hampir berminggu
Setelah meneliti gambar
Mula mencari maklumat
Sebelum sesi taaruf bermula

Si pemuda menjenguk ke web
Laman Friendster kegemaran ramai
Yang kini mungkin Facebook
Satu keajaiban!!!
Si lelaki tidak pernah punya web sedemikian
Tiba-tiba tergamam
Si gadis masih anggun
Bertudung labuh litup
Namun, bergambar sakan
Aduh!

Terkejut bukan kepalang
Calon solehah direject tanpa ihsan
Bukan menjadi pilihan
Kerana gambar ditayang
Dengan penuh sakan
Pemilihan terbatal

Dia pernah berkata
Perempuan cantik itu
Tidak memandang dan tidak dipandang
Perempuan cantik itu
Tidak mengenali dan tidak dikenali
Perempuan cantik itu
Tidak menegur dan tidak ditegur

Akhirnya
Solehah kempunan calon soleh
Merayu untuk dipertimbangkan
Tapi sayang sekali
Si pemuda tetap
Tidak berganjak dengan keputusan

Wahai Muslimah
Aku dan kamu
Mari mempelajari, mencontohi
Watak-watak wanita salafussoleh
Sifat, pengorbanan dan perjuangan mereka
Kerana wanita solehah itu
Lebih baik daripada
seribu lelaki yang tidak soleh

p/s : puisi ini mmg sengaja di copy...
Wahai adik2 muslimah marilah mengambil iktibar,
jadilah muslimah sebenar,
jangan berselindung disebalik tudung litupmu itu.
sampaikanlah pada sahabat2 kalian
sekiranya mereka bertepatan dengan puisi ini

Terima Kasih kepada penulis puisi ini.

Ohh Surat Kaum Adam Untuk Muslimah !!



duhai muslimah,
kami kaum adam.
menulis surat ini kepada kamu.
sebagai tanda kami merayu.
sebagai tanda kami benar2 ingin kamu,
kasihani kami..

duhai muslimah.
kasihanilah kami..
jangan biarkan iman kami yang nipis ini
tergadai.

duhai muslimah,
tolong jangan pakai pakaian yang nipis dan ketat,
yang bila kami melihatnya.
mengghairahkan nafsu kami.
lantas merosakkan iman kami

duhai muslimah,
kami rayu padamu,
tolong jangan pakai wangian yang keterlaluan,
kerana wangian itu peledak nafsu.
kamu yang bukan halal bagi kami,
menjadi dosa besar bagi kami apabila terangsang memirkan bau mu itu,
bukan kami yang sengaja,
kerana kami diciptakan tuhan untuk menghidu,
untuk terus hidup.
kami x mampu untuk tidak bernafas..

duhai muslimah,
tolong jaga keindahan suaramu,
jangan pernah kamu biasakan diri ,
menggunakan suara manja mu untuk bercakap dgn kami.
sesungguh Allah ciptakan telinga itu berinteraksi dengal akal serta nafsu
kami bimbang suara indah mu itu terjerumus ke dalam lubang nafsu kami
sesungguhnya kami tidak mampu menyekat pendengaran kami setiap masa.
ingatlah,bertegas dgn yang haram dengan mu,
kerana suaramu diciptakan indah untuk melayan suamimu,bukan kami

duhai muslimah,
tutup auratmu dengan betol,
sesungguhnya seorang muslimah itu salah satu simbol kepade keindahan islam
tidak ade bezanya kalau tudungmu itu tersangat nipis,
ataupun lengan serta betis kamu terdedah,
kerana Allah akan sangat membenci kamu...

muslimah,
jangan kau uji keimanan kami dengan keindahan mu.
kerana kami bimbang,
jikalau iman kami hilang ketika memandangmu.
kami ini pendosa
kami ini bukan maksum
kami ini bukan para sahabat.
kami ini bukan para nabi,
kami bukan malaikat,

KAMI ADALAH PENDOSA YANG SENTIASA BERUSAHA MENJAGA IMAN KAMI

maka dengan itu,
kami rayu padamu

bantu kami untuk jaga iman kami.
bantu kami untuk taat serta setia pada Allah
bantu kami jadi abang,adik,suami dan ayah yang baik

6 Cara Pikat Perempuan

Hati perempuan memang sukar untuk diduga. Menyelami hati mereka bermakna mencari apakah yang diingini oleh seseorang perempuan. Tanpa mengetahui terlebih dahulu serta memahami apakah yang mungkin boleh menyebabkan lelaki sukar mempertahankan hubungan yang dibina dan bakal berhadapan masalah ketika hidup bersama mereka nanti. Ketahuilah perempuan biasanya tidak sukakan lelaki yang mudah berputus asa, tidak dapat memberikan tumpuan atatu komitmen sepenuhnya terhadap satu-satu perhubungan, kedekut, berlagak pandai dan sebagainya. Jadi antara perkara yang boleh kamu lakukan dan perbaiki dari masa ke semasa untuk menjaga perhubungan kamu agar terus berkekalan.

1. Jadilah lelaki pemaaf
Untuk menjaga hati perempuan, kamu perlu belajar menjadi seorang lelaki yang pemaaf. Kalau sebelum ini, kamu memang trkenal dengan sikap ego dan sukar untuk memaafkan kesalahan orang lain, apa salahnya untuk kebaikan hubungan yang terjalin kamu sedia memaafkan sebarang kesilapan yang mungkin dilakukan oleh teman wanita kamu. Bukan apa perempuan sebenarnya kana cair kalau berhadapan dengan lelaki yang mudah memaafkan mereka. Jangan sesekali menyimpan perasaan dendam atau cuba untuk membalas menyakiti hatinya semula suatu hari nanti. Sebaiknya kamu barkan sahaja apa yang berlaku berlalu, kerana perempuan sebenarnya lebih suka dimanja dan tidak sukakan lelaki yang pendendam. Dalam pada itu, pemaaf kamu hendaklah bertempat, jangan pula sampai kepala dipijak.

2. Jangan mudah berputus asa
Tanyalah kawan-kawan perempuan sekeliling kamu, lelaki macam manakah menjadi pilihan mereka untuk dijadikan teman. Pasti ramai yang memberikan jawapan, mereka impikan lelaki yang kacak, baik, jujur, bertanggungjawab dan juga tidak mudah berputus asa. Lelaki yang terus cuba dan mencuba untuk memenangi hati perempuan yang disukainya tanpa mengenal erti berputus asa akan berjaya. Ini kerana dengan kesungguhan yang kamu tunjukkan memberikan keyakinan pada perempuan bahawa kamu benar-benar ingin memilikinya. Biar sesukar manapun kamu perlu berusaha dan jangan sesekali tunjukkan rasa bosan atau mudah berputus asa sebab ada sesetengah permpuan berpura-pura jual mahal. Antara alasan mereka ialah ingin menilai tahap kesabaran dan kesungguhan kamu. Segalanya terletak pada niat kamu sendiri, apakah kamu benar-benar ikhlas atau sekadar untuk main-main sahaj? Jika benar hasrat kamu ikhlas an jujur, rasanya tidak menjadi masalah buat kamu untuk terus berusaha menawan hati si dia. Tetapi ingat, biarpun kamu suka ?gila? dengan si dia jangan sekali-kali mengiyakan semua yang di perkatakan oleh si dia kerana perempuanjuga sebenarnya tidak suka lelaki yang terlalu mengikut cakap mereka. Sebaliknya fikir dahulu sebelum membuat keputusan.

3. Komitmen
Masuk bab komitmen ni, sesetengah lalaki payah sikit untuk memberikan komitmen sepenuhnya terhadap sesuatu perhubungan. Sebab lelaki biasanya lebih terdedah pada dunia lepas bebas dan tidak suka dikawal. Malah ada antara mereka yang telah lama menjalin hubungan tetap masih lagi tidak suka dikongkong oleh kekasih sendiri. Bagaimanapun, keadaan ini berbeza dengan perempuan, mereka biasanya inginkan seseorang lelaki yang menjadi teman mereka, bersedia dan mampu memberikan komitmen sepenuhnya terhadap ikatan yang terjalin. Bukan apa, mereka tidak mahu perhubungan yang dibina dipersia-siakan oleh lelaki tersebut. Jadi, apa yang perlu kamu lakukan di sini ialah kalau kamu benar-benar serius dan inginkan hubungan yang terjalin berlarutan ada baiknya kamu memberikan sedikit komitmen kerana lambat laun perelmpuan akan bosan dan tidak mustahil mereka akan meninggalkan kamu trkulat-kulat begitu sahaja. Siapa yang rugi.

4. Berlagak pandai
Satu hal lagi yang perempuan tak suka ialah lelaki yang berlagak pandai. Jadi kepada lelaki biarpun kamu tahu tentang sesuatu perkara ada baiknya jangan terlalu menunjuk-nunjuk lantaran ingn menarik perhatian si dia. Sebaiknya di awa perkenalan kamu hanya mengikut sahaja rentak teman wanita kamu, jangan pakai cakap lepas sahaja kononnya tahu itu dan ini kerana perempuan cukup menyampah dengan lelaki yang cakap tak serupa bikin. Tidak salah rasanya kalau buat-buat tidak tahu…

5. Berkongsi pendapat
Untuk menawan hati si dia kamu juga perlu meluangkan masa untuk meminta sebarang pendapat mengenai apa-apa keputusan yang ingin kamu ambil. Memang benar yakin pada diri sendiri penting sewaktu membuat keputusan untuk melakukan sesuatu perkara. Tetapi dengan meminta pandangan daripada si dia akan membuatkan hubungan yang terbina lebih mesra kerana perempuan akan rasa lebih dihargai apabila kamu meminta pendapat daripada mereka. Yang penting kamu jangan mengabaikannya begitu sahaja.

6. Pemurah
Nak tahu satu lagi perkara yang menyebabkan perempuan tidak suka pada lelaki ialah sebab lelaki kedekut. Betul atau tidak terpualng pada kamu sendiri menilainya? Tetapi ada baiknya kamu berhati-hati dengan perihal ini. Tersilap langkah kamu juga boleh kehiangan si dia dan juga pokai. Rasanya tidak salah kalau niat kamu hendak berjimat, tetapi tengoklah keadaan. Kalau setiap kali keluar bersama kamu terlalu sukar untuk berbelanja apakah tindakan kamu tadi untuk berjimat atau kamu memang benar-benar kedekut. Jadi untuk menarik si dia, sesekali jangan keberatan berbelanja, tetapi biarlak ada batasannya. Bukan apa, ini smeua untuk kebaikan kamu juga kerana sesetengah perempuan tidak sukakan lelaki yang kedekut.
CLICK FOR DETAILS

================

Da L.O.V.E Story
♥-|✖|-♥"Ya Allah , kalau dia memang jodohku,
jodohkanlah... Tapi kalau bukan jodohku,
Jodohkanlah jugak... Jika dia tidak
berjodoh denganku, maka jadikanlah kami
jodoh... Kalau dia bukan jodohku, jangan
sampai dia dapat jodoh yang lain, selain
aku... Kalau dia tidak bisa di jodohkan
denganku, jangan sampai dia dapat jodoh
yang lain, biarkan dia tidak berjodoh
sama seperti diriku... Dan saat dia
telah tidak memiliki jodoh, jodohkanlah
kami kembali... Kalau dia jodoh orang
lain, putuskanlah! Jodohkanlah dengan
ku.... Jika dia tetap menjadi jodoh
orang lain, biar orang itu ketemu jodoh
dengan yang lain dulu dan kemudian
jodohkan kembali dia dengan ku ...
"Amin...". hehehehe....♥-|✖|-♥
Suarapeople