Reader Yang Setia

Thursday, June 30, 2011

Aku Lemas Air Mata


"Aku lemas kerana paru-paruku basah digenangi air mata rindu"


Boleh jadi kita membenci seseorang sungguh-sungguh. Kemudian rasa jelik itu Tuhan tukarkan kepada rasa manis serta-merta. Siapa tahu?
Kita tidak tahu, dan mungkin tidak akan tahu. Bila rasa itu cair di hati, penuh di paru-paru. Kita tumpah air mata kerana rindu. Kalaulah aku mampu, tidaklah aku keseorangan merindu untuk merindui.

Wednesday, June 29, 2011

Aku Insan Atas Nama Cinta

Aku Insan Atas Nama Cinta....
Aku kehilangan cinta yang ku bangga selama ini....
Hidupku mula berubah...
Sekelilingku gelap dan sepi..
Dihujani kata-kata hina....
Sepi dunia dalamnya...
Gelap dunia luarnya...

Hina....

Aku mula bangkit,bangkit dari segala kesalahan yang dulu..
Aku cuba mencari cintaku yang hilang itu, tetapi mata hatiku seakan tidak terbuka pada pencarian cintaku yang hilang itu.

Malang ku fikirkan...
Duka yang ku rasa...

Dalam keseksaan yang dilaluiku,aku ternampak samar-samar cahaya. Mata hatiku terbuka ke arah itu. Hatiku mula dicium setitik harapan. Aku mula bertenaga.
Aku mula cuba hidup kembali. Aku mula mahu mengenali cahaya itu.


Cinta...apa yang difikirkannya hilang itu sebenarnya bukan cinta. Namun Tuan empunya cinta itu ada ceritaNya sendiri. CaraNya sendiri. Akhirnya 'Aku' itu mengenali milik siapakah cintanya itu. Sungguh ajaib, dalam derita dan kegelapan, 'Aku' itu akhirnya jumpa cinta yang sebenar. Cintanya yang hilang sebaik dia mula jinak dengan duniawi...SubhanAllah...Jodoh itu datangnya dari Allah =)

Sunday, June 26, 2011

Terkadang Saya Rasa.....

Terkadang saya rasa wanita itu perlu beri lebih sedikit kepercayaan kepada lelakinya daripada mengandai atau mendengar kata-kata dari orang lain.

Terkadang saya rasa wanita perlu lebih sabar dan memberi perangsang kepada lelakinya dari terus putus asa.

Terkadang saya rasa saya terlalu impikan sesuatu yang sudah tidak wujud lagi...pupus.

Tuesday, June 21, 2011

I'm Not The Same

I'm not the same,
I look the same,
and
sound the same.
But my smile isn't as real as it used to be

Friday, June 17, 2011

Aku Ingin Menjadi

Play Video Ni Before You Read It =)




Aku Ingin Menjadi alasan kamu tersenyum,alasan kamu bangkit diwaktu pagi dan bersemangat menjalani hari-harimu.

Aku ingin menjadi salah satu orang yang sering kau sebut namanya  disetiap doamu,kerna di setiap doaku ada namamu.

Aku ingin menjadi orang pertama yang kau lihat diwaktu pagi dan yang terakhir di waktu malam.

Aku ingin menjadi titik terang dalam kegelapan mu,jawapan atas segala keraguan mu.

Aku ingin menjadi  alasan di setiap hari bahagiaanmu,ubat penghilang kepenatanmu dan pedoa di saat kau kehilangan arah hidup.

Aku ingin menjadi seseorang yang kau perkenalkan dengan penuh rasa bangga.

Aku ingin menjadi pendampingmu..menjadi kisah yang terindah dalam hidupmu dan bahagia bersamamu.

Aku ingin menjadi orang yang kamu sayang,kamu cinta dan kamu tangisi disaat aku pergi meninggalkan mu.

Aku ingin menjadi insan terbaik yang dipilih Tuhan untukmu.

Aku ingin menjadi orang yang menghapuskan air mata mu disaat kamu disakiti olehnya.

Aku ingin menjadi seorang yang setia mendengarkan semua keluh kesahmu dan selalu menemanimu di setiap suka dan duka mu.

Aku ingin menjadi nama yang tertera di kad undangan perkhawinan mu.

Aku ingin menjadi seseorang yang kamu fikirkan setiap hari dengan tersenyum.

Aku ingin menjadi sebuah mimpi yang indah dalam tidur indahmu.

Aku ingin menjadi sesorang yang sangat berarti dalam hidupmu.

Aku ingin menjadi  orang yang sentiasa berterima kasih pada Tuhannya kerana memiliku hatimu.

Aku ingin menjadi resahmu,tawamu..senyumu...tangismu...dan untukku segala2nya adalah kamu.

Wednesday, June 15, 2011

Ini Yang Dinamakan Air Mata Keinsafan

Semua orang boleh mengalirkan air mata/menangis.
Tetapi pernahkah kita menangis kerana insaf ?
Kerana biasanya air mata kita mengalir apabila terlalu mengikut emosi.
Air mata keinsafan berbeza dgn air mata emosional.

ya Allah..kuatkan semangat ku..
banyak dugaan yang harus ku lalui
dalam pada masa yang sama
aku terlalu rindukan dia.
aku menyesal dengan semua yang berlaku.. 

Tak Mampu Memiliki Mu

Aku Hanya mampu mengaguminya...
Melihat senyumnya yang tersekat diantara dua pipinya
Menatap matanya yang cerah dan sebening air
Tak mampu ku berlalu dalam kesendirian kala itu

Menghilangkan dirinya dari dirimu mungkin tak mampu
Cukup puas aku hanya menjadi sahabatmu
Hanya mampu menjadi pengagum dari dasar hati kecilku

Aku hanya tersesat dalam kesendirian
Jalanmu tak mampu kulalui
Hanya lelah kini yang tersisa
Menyatukan perasaan hanyalah impian yang ku kubur untuk diriku

Ku akui takut kehilangan....
Hanya tak mampu mengungkapkan
Hanya sebuah harapan kosong yang kutinggalkan
Semoga kau bahagia di masa hadapan....
Selamanya sampai akhir dunia..
Andai masih ada sisa-sisa peluang untukku..
Tidak akan pernah sekali ku sia-siakan..
Kerana jauh dilubuk hatiku..Ku Syg Kamu. :')

Tuesday, June 14, 2011

Ujian Itu Rahsia Allah SWT

Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.JANGAN NAK MENIPU jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama.

Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita.

Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.

Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.

Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.

Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin dapat hidup berseorangan. ( texting 2 you..i really need you now! )

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!


*dipetik dari iluvislam.com

Ya Allah...aku menyesal dengan semua yang dah berlaku..aku tahu kesalahanku ini sukar untuk dimaafkan,
Insyallah...aku cuba untuk berubah..aku sedar kesilapanku..walau semua yang berlaku hanyalah satu lakonan @ mainan yang entah apa-apa..hatiku hanya ada dia...walau dikutuk..walau dimaki...aku masih tidak dapat padamkan perasaan ini.. :(

seakan seperti...
kesukaran serta kepayahan ketika berusaha keluar dari kepompong itulah yang memberi kekuatan bagi seekor rama-rama untuk terbang.

Hakikatnya, apa yang tidak membunuh kita itulah yang melangsungkan kehidupan ini. Kita tidak akan kenal bahagia sebelum melalui sengsara, tidak kenal cinta sebelum faham erti benci, tidak menghargai senyuman tanpa air mata pedih.
Kitaran hidup ini perlu didalami, jatuh bangunnya, turun naiknya, takdir dan karma. Tentu, kata–kata ini sering kita dengar di mana-mana, "setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya".

and

Doakan kesihatan abah..abah masih tak sedarkan diri..Ya Allah... :(

Monday, June 13, 2011

Tak Sihat

Rasa nak demam + sakit dada + pening + selsema...
tubuh dah lemah....
Ya Allah....

Monday, June 6, 2011

Meet Uncle Hussain Ft. Hazama - Pokok




Lirik Pokok – Meet Uncle Hussain

Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Ku terdiam

Menyusur di kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh

Chorus
Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

Ulang Chorus

Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Tanya sama pokok

Thursday, June 2, 2011

I believe everything happens for a reason

I believe everything happens for a reason. People are put into your life for a certain amount of time and then leave when the time is right. Hearts are broken so new hearts can be healed. And things fall apart so other things can come together....
CLICK FOR DETAILS

================

Da L.O.V.E Story
♥-|✖|-♥"Ya Allah , kalau dia memang jodohku,
jodohkanlah... Tapi kalau bukan jodohku,
Jodohkanlah jugak... Jika dia tidak
berjodoh denganku, maka jadikanlah kami
jodoh... Kalau dia bukan jodohku, jangan
sampai dia dapat jodoh yang lain, selain
aku... Kalau dia tidak bisa di jodohkan
denganku, jangan sampai dia dapat jodoh
yang lain, biarkan dia tidak berjodoh
sama seperti diriku... Dan saat dia
telah tidak memiliki jodoh, jodohkanlah
kami kembali... Kalau dia jodoh orang
lain, putuskanlah! Jodohkanlah dengan
ku.... Jika dia tetap menjadi jodoh
orang lain, biar orang itu ketemu jodoh
dengan yang lain dulu dan kemudian
jodohkan kembali dia dengan ku ...
"Amin...". hehehehe....♥-|✖|-♥
Suarapeople