Reader Yang Setia

Monday, September 26, 2011

Bisikan Hati - Puisi Hati

Di saat ku terfikir tentang dia,
yg entah ada di mana,
terkadang hati ini teriak dengan kehampaan,
kerana mencari & menunggunya

Lalu Ku menangis tanpa air mata,
aku teriak tanpa suara,
namun hanya merasakan sakitnya hati,
Begitu tersiksa menunggu yang di cintai,

Begitu berat melepaskan rasa ini,
yang sudah merasuk dalam hati.
Mungkin bila aku mati,
Sesalku akan abadi,

Akankah penantian ini berhujungkan kebahagiaan,
Atau hanya mimpi yang tak pasti,
Tapi hatiku kan selalu tegar menghadapinya,
Walau akhirnya hanya membuat diri ini terluka...

Thursday, September 22, 2011

Kesihatan - Bau Badan Busuk

MASALAH ketiak dan kaki berbau memang merisaukan. Lebih memalukan apabila ia mengganggu orang lain. Hakikatnya semua orang punya bau badan yang tersendiri kerana ia berpunca daripada proses perpeluhan. Berpeluh adalah sebahagian daripada proses tubuh dan kita perlu faham mengapa tubuh menghasilkan peluh.Ada dua jenis kelenjar menghasilkan peluh, pertama kelenjar Eccrine dan kedua kelenjar Apocrine.

Kelenjar Eccrine bertanggungjawab terhadap proses berpeluh di mana ia bersambung terus hingga permukaan kulit untuk menghasilkan peluh. Ia bertujuan mengawal suhu badan selain membuang bahan-bahan buangan seperti urea, sodium, kalsium atau elektrolit.

Pakar Perubatan dan Dermatologi Pusat Perubatan Darul Ehsan, Dr Noraziah Abd Kadir Jailani, menjelaskan peluh melalui kelenjar Eccrine sifatnya tulen, jernih seperti air dan tidak menghasilkan bau kerana akan terus keluar ke permukaan kulit dan meluap.

Kelenjar Apocrine pula merembeskan cecair yang lebih likat dan agak keruh serta menimbulkan masalah jika ia lebih banyak dari kelenjar Eccrine.

Kelenjar Apocrine ada pada bahagian tubuh yang banyak folikel rambut seperti ketiak serta tempat sulit seperti kemaluan. Kelenjar ini mengandungi sebum, bahan berlemak di mana peluh dirembeskan. Sebum pula bahan organik yang tersimpan dalam kelenjar Apocrine.
Di sini lebih mudah untuk bakteria memecah masuk protein dalam rembesan peluh, tidak seperti kelenjar Eccrine. Apabila protin dipecah masuk dalam peluh oleh bakteria, ketiak atau kaki akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.


Monday, September 12, 2011

Hilang - Sudah Tiada



Terlalu selesa dan bergembira dengan sesuatu, boleh jadi satu hal yang paling mengecewakan dalam hidup kita. Orang kata, jangan terlalu gembira dengan kepunyaan kita sekarang ini. Kelak nanti merasa kehilangan.
Umpama yang hidup, pengakhiran hidupnya pasti mati. Tapi bagi kita yang hidup? Perjuangan tidak pernah sekali selesai selagi oxygen di dunia ini mencukupi. Berada dalam ruang yang selesa boleh jadi buat kita lupa yang ruang hidup kita tidak akan selamanya indah. Dan ia hanya menunggu masa untuk hilang lesap.

Aku sedang belajar merasai kehilangan.
Maafkan diri ini jika terlalu banyak kesalahan yang telah dilakukan.

Friday, September 9, 2011

Kembalilah kepada Allah - Menjadi baik dan sentiasa menjadi baik.

Dari mana kita datang,di situlah jua tempat kita dikembalikan.
Kita semua manusia.Kita semua hamba.
Kita bukan nabi yang maksum.
Kita tidak setaat malaikat.
Bukan juga iblis yang dilaknat.



Jadi,kalau tiba-tiba terasa ingin berubah,teruslah mulakan proses perubahan itu.Jangan bertangguh. Tiada perkataan ‘sekejap lagi’ untuk menjadi hamba yang diredhainya.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ”

Berubahlah.Menjadi lebih baik dan sentiasa menjadi manusia yang baik.
InsyaAllah.

Change for the greater good.
Jangan berhenti Mencari Redha Ilahi :)

Monday, September 5, 2011

Pejuangan,Kenangan Dan Kepastian


Hari ini adalah perjuangan,
Kelmarin adalah kenangan,
Esok..bukanlah satu kepastian.

Thursday, September 1, 2011

Seseorang Yang Selalu Menasihati



Kita sering alpa & leka namun bila datang seseorang menasihati kita.
Pandanglah dia dari sudut saudara yang mengambil berat akan diri kita, terima & hargailah apa yang disampaikan.
Tidak kira siapa dia kerana kita & dia sama saja.
Sedarlah bahawa itu mungkin cara ALLAH untuk meluruskan jalan kita kepadaNYA.
Sedarlah bahawa betapa kasih dan sayangnya ALLAH kepada kita dengan mengurniakan seseorang yang tidak pernah lelah mendorong kita ke jalan yang di redhaiNYA :)
CLICK FOR DETAILS

================

Da L.O.V.E Story
♥-|✖|-♥"Ya Allah , kalau dia memang jodohku,
jodohkanlah... Tapi kalau bukan jodohku,
Jodohkanlah jugak... Jika dia tidak
berjodoh denganku, maka jadikanlah kami
jodoh... Kalau dia bukan jodohku, jangan
sampai dia dapat jodoh yang lain, selain
aku... Kalau dia tidak bisa di jodohkan
denganku, jangan sampai dia dapat jodoh
yang lain, biarkan dia tidak berjodoh
sama seperti diriku... Dan saat dia
telah tidak memiliki jodoh, jodohkanlah
kami kembali... Kalau dia jodoh orang
lain, putuskanlah! Jodohkanlah dengan
ku.... Jika dia tetap menjadi jodoh
orang lain, biar orang itu ketemu jodoh
dengan yang lain dulu dan kemudian
jodohkan kembali dia dengan ku ...
"Amin...". hehehehe....♥-|✖|-♥
Suarapeople