Reader Yang Setia

Tuesday, December 14, 2010

Ada 3 kategori manusia

Ada 3 kategori manusia :-

1. BERJAYA: Hari ini lebih baik daripada semalam
2. TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam
3. CELAKA : Hari ini lebih teruk daripada semalam

Gambar Buaya Tembaga terdampar di Pantai Teluk Cempedak, Kuantan

Buaya Tembaga terdampar di Pantai Teluk Chempedak

Buaya Tembaga terdampar di Teluk Cempedak, Kuantan malam tadi? Memang aku terkejut jugaklah, tapi baru je sekali pi sana..hehe




KUANTAN: Pengunjung pantai peranginan Teluk Chempedak di sini malam tadi digemparkan dengan penemuan seekor buaya tembaga seberat kira-kira 200 kilogram. Penolong Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuantan, Mohamad Irwanis Seni, berkata seramai lapan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kuantan bergegas ke pantai itu sebaik menerima panggilan daripada orang awam mengenai penemuan buaya berkenaan pada 8 malam.

Beliau berkata, pihaknya terus menangkap buaya berkenaan yang terdampar berhampiran kawasan batu-batu di pantai itu."Buaya sepanjang tiga meter itu tidak terlalu agresif ketika ditangkap," katanya di sini, hari ini. Katanya, reptilia berkenaan kemudian diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang lewat malam tadi. Pengarah Perhilitan Pahang, Khairiah Mohd Shariff, berkata reptilia itu telah dilepaskan ke habitat semulajadinya pagi ini.

"Pengunjung Pantai Teluk Chempedak tidak perlu risau dengan penemuan buaya berkenaan kerana pantai berkenaan bukan tempat haiwan itu bermain," katanya. Khairiah berkata, buaya itu mungkin tersasar keluar dari habitat asalnya ketika air pasang di muara Sungai Kuantan....

Sunday, December 12, 2010

Tahniah Pasukan Kelantan.

Akhir Piala Emas Raja-Raja 2010,
11 Disember 2010, Stadium Sultan Muhammad Ke-IV : Kelantan 4, Kedah 3 (Sepakan Penalti)
Gomo Kelate Gomo!!!


perlawanan xbest pun...sama xbest..kualiti padang kurang memuaskan..

Ciri-ciri lelaki yang disukai wanita secara umum.


Lelaki tulin. Tahu hakikat yang dia dijadikan sebagai lelaki dan dari itu bersifat sebagai lelaki dan tidak bertingkah laku hingga terkeluar dari kategori lelaki

Lelaki yang berharga. Lelaki yang tidak cemburu buta kerana lelaki yang cemburu itu lemah dan cemburu itu melambangkan bahawa dirinya tidak berharga.

Lelaki yang teguh jiwa. Tidak mudah mengalirkan air mata. Bila lelaki menangis, maka harga dirinya hilang kerana air mata adalah perhiasan hati wanita.

Lelaki yang sederhana. Tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu merendah diri.

Lelaki yang cantik. Wanita menganggap kecantikan lelaki berada pada perangainya dan kebersihan hatinya.

Lelaki yang punya pendirian. Lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya dan menunaikan janji bila berjanji.

Lelaki yang kemas bersih. Menjaga kebersihan serta berdandan tetapi tidak secara berlebihan. Pakaiannya kemas dan tidak nampak canggung.

Lelaki yang cerdik. Cepat faham apa yang dikehendaki oleh wanita tanpa perlu disebutkan.

Lelaki yang cekap. Segera memberikan kepada wanita apa yang dihajati tanpa perlu diminta terlebih dahulu.

Lelaki yang bijak. Tidak suka bercerita tentang kelebihan atau ketampanan dirinya.

Lelaki yang tabah. Tidak mudah hilang akal bila menghadapi masalah dan tidak bingung atau kalut bila menghadapi suasana menekan, kesuntukan masa, atau cemas.

Lelaki yang berwawasan. Tidak melakukan sesuatu tanpa merancang. Objketif dan cekal dalam mengejar cita-citanya. Masa digunakan untuk perkara yang produktif.

Lelaki yang baik. Tidak suka hidup berfoya. Taat kepada suruhan agama. Tidak berjudi, berzina atau minum arak.
Lelaki yang sopan. Tahu menghormati orang tua serta pandai mengambil hati.

Lelaki yang mengasihi. Walaupun mungkin dia tidak menyatakan kasihnya pada wanita itu. Saatu masa, wanita berharap lelaki ini akan meluahkan perasaan kasihnya itu.

Lelaki yang ceria. Boleh berjenaka dan berkongsi cerita. Tidak selalu sugul dan berkerut-kerut dahinya

Saturday, December 11, 2010

Kau Yang Bernama Chenta !!!

"kau..yang bernama cinta, kau yang memberi rasa"
"kau lah ilhamkan bahagia"
"hingga aku merasa INDAH..."

Wednesday, December 1, 2010

Opsss!!! Kisah Si Kurus

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh30VllK639OJjOb_UC97rwnEaorQdFBmL-WzHRmSl6KDntCEek3Bp3P8S5JATfGMRxZGKMBdiOC5u_eI3DPql5Wm-kSfnfqOK-vJajAoe6I-iVGeZtxlwYnOkLHlmpfMO28NhllvbqlgVw/s400/anorexia-10.jpg
Kita sering mendengar orang kita merungut kerana obesiti, terlebih berat badan, atau dalam istilah popularnya 'gemuk sangat-sangat'. Tetapi pernahkah kita mendengar orang kita merungut kerana badan yang terlalu kurus? Ayie yakin ramai dikalangan kita yang jarang mendengar akan orang Malaysia yang merungut kerana terlalu kurus, kerana negara kita ni kaya dengan makanan yang 'sihat-sihat'. Kalau di Afrika, mungkin selalulah kita nampak, ye tak?

Namun, definisi 'terlalu kurus' ayie di sini ialah, jika angka BMI individu tersebut terletak di bawah 18. Buat mereka yang mempunyai julat BMI di antara 18 hingga 22, jangan nak memandai-mandai claim yang korang tu terlalu kurus ye, sebab terlalu kurus sangat pun sebenarnya tak elok (orang putih panggil too skinny).

Jangan sesekali kita ingat hanya mereka yang gemuk sahaja cenderung untuk berhadapan dengan penyakit berbahaya. Malah, individu yang memiliki badan terlalu kurus juga berhadapan dengan risiko yang lebih kurang sama kesannya, cuma dalam versi yang lain.

Berikut ayie senaraikan beberapa penyakit yang berisiko tinggi untuk dihidapi mereka yang terlalu kurus.

1 - Osteoporosis
Kesihatan tulang akan terjejas jika terlalu kurus. Diet yang kurang nutrien, lebih-lebih lagi kalsium, akan mengakibatkan tulang menjadi kurang sihat, sekaligus rapuh.

2 - Masalah Kesuburan
Wanita yang terlalu kurus cenderung mengalami masalah berkaitan kesuburan (menstrual), sekaligus membawa kepada masalah haid yang tidak teratur dan sukar untuk hamil. Teringat aku sebuah filem kantonis Hong Kong, babak apabila si ibu berusaha memilih menantu untuk anak lelaki kesayangan mereka, salah satu kriteria mereka ialah mencari gadis-gadis yang sedikit 'berisi' kerana yang berisi tu 'subur-subur', Hehehe..

3 - Kurang Daya Tahan
Lemahnya sistem imun tubuh badan adalah disebabkan individu tersebut tidak berupaya untuk melawan virus dan antigen. Keadaan ini menyebabkan individu terbabit sering dijangkiti penyakit dan sukar untuk pulih dengan cepat daripada sakit.

4 - Lesu
Mereka yang terlalu kurus mungkin memanjang kelihatan lemah lesu, pucat dan sering kesejukan, kerana kurangnya isipadu otot yang bekerja untuk membakar kalori.

5 - Keguguran rambut
Individu yang terlalu kurus sering mengalami masalah psikologi (stres) yang menyebabkan mereka kekurangan apa yang diperlukan untuk pertumbuhan rambut, disamping hilangnya keupayaan dalam mengawal suhu tubuh. Situasi keguguran rambut ini sering dilihat di kalangan pengidap aneroksia.

Tiga cara mudah untuk mengatasi masalah terlalu kurus secara sihat ialah ambil lebih kalori dari yang sepatutnya, buat senaman pemberat 3 kali seminggu, dan rehat. 3 komponen ini harus dipatuhi untuk menambahkan lagi berat badan secara sihat. Suplementasi seperti 'weight gainers' mungkin membantu, tetapi itu memerlukan wang.

Kardio - Katalis kepada 'Fat Burn'

Apa itu kardio (eng. cardio)?
Cardio ialah suatu bentuk senaman yang menguji dan memperbaiki stamina apabila sesuatu perbuatan diulang banyak kali dalam tempoh-tempoh tertentu, pada intensity tertentu.

Apakah contoh-contoh kardio?
Secara umumnya, apa sahaja jenis senaman yang mampu membuat jantung anda berdegup lebih laju berbanding biasa, dan berpeluh dengan lebih banyak berbanding biasa. Ini termasuklah jogging, berlari, bermain futsal, berenang, skipping dan berbasikal.

Adakah kardio boleh membakar lemak/ 'Burn Fat'?
Kardio yang dilakukan melebihi 20 minit (setiap satu sesi) sudah boleh membakar lemak, dengan syarat tiada pengambilan karbohidrat dibuat 4-5 jam sebelum senaman kardio tersebut dilakukan.

Adakah ini bermaksud saya kena berlari/jogging melebihi 20 minit tanpa henti?
Secara praktikalnya, YA. Anda perlu berlari selama 20 minit tanpa henti untuk memastikan badan anda MULA menggunakan lemak badan sebagai sumber alternatif.


Lemak badan sebagai sumber alternatif? Boleh huraikan dengan lebih lanjut?

Secara teorinya, badan kita akan menggunakan sumber tenaga berikut (The Hierarchy Scale of Energy), mengikut turutan:

1. MUSCLE GLYCOGEN - glycogen dalam otot, bersedia utk dipakai.

2. LIVER GLYCOGEN - ni sumber glycogen 'kecemasan', dipakai apabila 'Muscle Glycogen' menjadi rendah.

3. BBA (BLOOD BORNE AMINO ACIDS) - Branched Chain Amino Acids dari protein.

4. FAT - Ini yang kita nak buang.

Badan kita menggunakan sumber-sumber tenaga di atas mengikut turutan, mulai dari 1, sampai lah yang ke-4. Untuk 20 minit pertama, badan akan menggunakan sumber tenaga 1 sehingga 3. Selepas 20 minit, barulah badan mula menggunakan sumber yang ke-4, yakni lemak. Maka secara teorinya, kardio (seperti jogging) yang dilakukan melebihi 20 minit akan menggalakkan pembakaran lemak badan (dengan syarat tanpa mengambil sumber karbohidrat 4-5 jam sebelum kardio, kerana ini akan melambatkan lagi tempoh untuk badan menggunakan sumber yang ke-4).

Setiap petang, kawasan rumah saya akan dilanda hujan. Bolehkah saya menggantikan jogging dengan kardio yang lain? Adakah konsepnya (pembakaran lemak tadi) masih sama?
Ya, anda boleh lakukan kardio yang lain mengikut kesesuaian anda, dan konsep penggunaan sumber tenaganya masih sama, dengan syarat intensitinya adalah selari dengan contoh tadi iaitu jogging. Contoh-contoh kardio yang aku nyatakan tadi secara amnya mempunyai intensiti yang hampir sama dengan jogging.


Katakan saya betul-betul menyampah dengan jogging. Saya tak suka berlari la senang cerita, saya tak reti berenang dan bermain skipping; nak bermain futsal pula tiada 'kaki' nak join. En. Susu Sejat ada idea lain?
Cadangan aku? Kita kena bijak ambil kesempatan dan peluang tentang bagaimana badan kita bekerja disamping sumber tenaga yang digunakan (The Hierarchy Scale of Energy). Cara yang paling biasa kita dengar dari PT bertauliah di luar sana, lakukan weight training untuk 20 minit yang pertama, diikuti dengan 10-15 minit kardio. Untuk 20 minit yang pertama, menerusi weight training, otot kita akan bekerja sedaya upaya untuk 'menghabiskan' 3 sumber tenaga yang pertama dalam The Hierarchy Scale of Energy, dan apabila kita mulakan kardio selepas itu, pastinya badan kita sudah tiada pilihan sumber tenaga lain melainkan lemak (fat). Dan oleh yang demikian, dengan hanya berlari selama 10-15 minit sudah boleh membakar lemak dengan banyak.

Tapi buat mereka yang betul-betul ingin menjaga stamina, nak atau tak nak, berjogginglah, atau lakukan kedua-duanya, selang-seli pada hari yang berbeza.
CLICK FOR DETAILS

================

Da L.O.V.E Story
♥-|✖|-♥"Ya Allah , kalau dia memang jodohku,
jodohkanlah... Tapi kalau bukan jodohku,
Jodohkanlah jugak... Jika dia tidak
berjodoh denganku, maka jadikanlah kami
jodoh... Kalau dia bukan jodohku, jangan
sampai dia dapat jodoh yang lain, selain
aku... Kalau dia tidak bisa di jodohkan
denganku, jangan sampai dia dapat jodoh
yang lain, biarkan dia tidak berjodoh
sama seperti diriku... Dan saat dia
telah tidak memiliki jodoh, jodohkanlah
kami kembali... Kalau dia jodoh orang
lain, putuskanlah! Jodohkanlah dengan
ku.... Jika dia tetap menjadi jodoh
orang lain, biar orang itu ketemu jodoh
dengan yang lain dulu dan kemudian
jodohkan kembali dia dengan ku ...
"Amin...". hehehehe....♥-|✖|-♥
Suarapeople