Reader Yang Setia

Wednesday, December 1, 2010

Kardio - Katalis kepada 'Fat Burn'

Apa itu kardio (eng. cardio)?
Cardio ialah suatu bentuk senaman yang menguji dan memperbaiki stamina apabila sesuatu perbuatan diulang banyak kali dalam tempoh-tempoh tertentu, pada intensity tertentu.

Apakah contoh-contoh kardio?
Secara umumnya, apa sahaja jenis senaman yang mampu membuat jantung anda berdegup lebih laju berbanding biasa, dan berpeluh dengan lebih banyak berbanding biasa. Ini termasuklah jogging, berlari, bermain futsal, berenang, skipping dan berbasikal.

Adakah kardio boleh membakar lemak/ 'Burn Fat'?
Kardio yang dilakukan melebihi 20 minit (setiap satu sesi) sudah boleh membakar lemak, dengan syarat tiada pengambilan karbohidrat dibuat 4-5 jam sebelum senaman kardio tersebut dilakukan.

Adakah ini bermaksud saya kena berlari/jogging melebihi 20 minit tanpa henti?
Secara praktikalnya, YA. Anda perlu berlari selama 20 minit tanpa henti untuk memastikan badan anda MULA menggunakan lemak badan sebagai sumber alternatif.


Lemak badan sebagai sumber alternatif? Boleh huraikan dengan lebih lanjut?

Secara teorinya, badan kita akan menggunakan sumber tenaga berikut (The Hierarchy Scale of Energy), mengikut turutan:

1. MUSCLE GLYCOGEN - glycogen dalam otot, bersedia utk dipakai.

2. LIVER GLYCOGEN - ni sumber glycogen 'kecemasan', dipakai apabila 'Muscle Glycogen' menjadi rendah.

3. BBA (BLOOD BORNE AMINO ACIDS) - Branched Chain Amino Acids dari protein.

4. FAT - Ini yang kita nak buang.

Badan kita menggunakan sumber-sumber tenaga di atas mengikut turutan, mulai dari 1, sampai lah yang ke-4. Untuk 20 minit pertama, badan akan menggunakan sumber tenaga 1 sehingga 3. Selepas 20 minit, barulah badan mula menggunakan sumber yang ke-4, yakni lemak. Maka secara teorinya, kardio (seperti jogging) yang dilakukan melebihi 20 minit akan menggalakkan pembakaran lemak badan (dengan syarat tanpa mengambil sumber karbohidrat 4-5 jam sebelum kardio, kerana ini akan melambatkan lagi tempoh untuk badan menggunakan sumber yang ke-4).

Setiap petang, kawasan rumah saya akan dilanda hujan. Bolehkah saya menggantikan jogging dengan kardio yang lain? Adakah konsepnya (pembakaran lemak tadi) masih sama?
Ya, anda boleh lakukan kardio yang lain mengikut kesesuaian anda, dan konsep penggunaan sumber tenaganya masih sama, dengan syarat intensitinya adalah selari dengan contoh tadi iaitu jogging. Contoh-contoh kardio yang aku nyatakan tadi secara amnya mempunyai intensiti yang hampir sama dengan jogging.


Katakan saya betul-betul menyampah dengan jogging. Saya tak suka berlari la senang cerita, saya tak reti berenang dan bermain skipping; nak bermain futsal pula tiada 'kaki' nak join. En. Susu Sejat ada idea lain?
Cadangan aku? Kita kena bijak ambil kesempatan dan peluang tentang bagaimana badan kita bekerja disamping sumber tenaga yang digunakan (The Hierarchy Scale of Energy). Cara yang paling biasa kita dengar dari PT bertauliah di luar sana, lakukan weight training untuk 20 minit yang pertama, diikuti dengan 10-15 minit kardio. Untuk 20 minit yang pertama, menerusi weight training, otot kita akan bekerja sedaya upaya untuk 'menghabiskan' 3 sumber tenaga yang pertama dalam The Hierarchy Scale of Energy, dan apabila kita mulakan kardio selepas itu, pastinya badan kita sudah tiada pilihan sumber tenaga lain melainkan lemak (fat). Dan oleh yang demikian, dengan hanya berlari selama 10-15 minit sudah boleh membakar lemak dengan banyak.

Tapi buat mereka yang betul-betul ingin menjaga stamina, nak atau tak nak, berjogginglah, atau lakukan kedua-duanya, selang-seli pada hari yang berbeza.

0 comments:

Post a Comment

CLICK FOR DETAILS

================

Da L.O.V.E Story
♥-|✖|-♥"Ya Allah , kalau dia memang jodohku,
jodohkanlah... Tapi kalau bukan jodohku,
Jodohkanlah jugak... Jika dia tidak
berjodoh denganku, maka jadikanlah kami
jodoh... Kalau dia bukan jodohku, jangan
sampai dia dapat jodoh yang lain, selain
aku... Kalau dia tidak bisa di jodohkan
denganku, jangan sampai dia dapat jodoh
yang lain, biarkan dia tidak berjodoh
sama seperti diriku... Dan saat dia
telah tidak memiliki jodoh, jodohkanlah
kami kembali... Kalau dia jodoh orang
lain, putuskanlah! Jodohkanlah dengan
ku.... Jika dia tetap menjadi jodoh
orang lain, biar orang itu ketemu jodoh
dengan yang lain dulu dan kemudian
jodohkan kembali dia dengan ku ...
"Amin...". hehehehe....♥-|✖|-♥
Suarapeople