Reader Yang Setia

Thursday, June 18, 2009

PRK Manek Urai:BN janjikan pembangunan untuk rakyat Manek Urai

Kemenangan Pas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai pada 14 Julai ini, amat penting sebagai bukti untuk menunjukkan sokongan rakyat di kawasan itu kepada kerajaan negeri tetap utuh seperti ditunjukkan pada Pilihan Raya Umum Ke-12, Mac tahun lalu.

Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, kemenangan Pas di Manek Urai juga sesuatu yang amat penting kerana pilihan raya kecil itu adalah peluang untuk terus memperkasakan kerajaan negeri di bawah kepimpinan ulama yang memerintah Kelantan sejak hampir 20 tahun lalu.

Justeru katanya, rakyat Manek Urai termasuk penyokong Pas sendiri diharap agar tidak mudah terpedaya dengan kempen Barisan Nasional (BN) yang meminta supaya kemenangan pada pilihan raya kecil itu diberikan kepada calon BN dengan alasan ia tidak akan menggugat kerajaan negeri sedia ada.

“Kalau sudah tahu kerajaan negeri tidak akan tergugat dan jawatan Menteri Besar tidak akan bertukar (jika BN menang), kenapa kita nak beri kemenangan kepada mereka (BN) dan buat apa mereka nak bertanding.

“Sepatutnya BN tidak payah bertanding seperti pada pilihan raya kecil di DUN Penanti, lebih baik beri mandat kepada Pas untuk terus mewakili rakyat Manek Urai, buat apa nak membazir duit rakyat (dengan bertanding),” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Abdul Latiff yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mengkebang berkata, rakyat khususnya pengundi di Manek Urai juga diminta supaya tidak terpengaruh dengan pelbagai projek pembangunan yang dijanjikan jika BN menang di kawasan itu kerana semuanya hanya sekadar janji untuk memenangi pili-han raya kecil berkenaan.


Menurutnya, BN tidak perlu menunggu sehingga memenangi pilihan raya kecil itu jika benar-benar ingin membawa pembangunan di Manek Urai kerana ia mampu dilaksanakan menerusi pelbagai agensi kerajaan sedia ada seperti Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dan Lembaga Kemajuan Kelan-tan Selatan (Kesedar).

“Kalau kata BN janjikan pembangunan, rakyat Manek Urai telah beri peluang kepada calon BN menang pada pilihan raya umum 2004 lalu dan menjadi wakil rakyat mereka selama satu penggal tetapi cuba tunjukkan kepada saya, pembangunan apa yang dibuat oleh ADUN BN sepanjang tempoh itu.

“Kalau rakyat Manek Urai beri juga peluang sekali lagi kepada BN, maka mereka yang akan rugi sedangkan pilihan raya kecil ini peluang untuk kita menyatakan sokongan dan memperkasakan kerajaan negeri yang ada sekarang serta sebagai bukti bahawa rakyat di sini (Manek Urai) tetap menolak BN,” kata Abdul Latiff.

Beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan sehubungan itu meminta rakyat Manek Urai supaya kekal memberikan sokongan kepada calon Pas pada pilihan raya kecil itu nanti bagi memastikan agenda kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menjaga kebajikan rakyat dapat diteruskan.

0 comments:

Post a Comment

CLICK FOR DETAILS

================

Da L.O.V.E Story
♥-|✖|-♥"Ya Allah , kalau dia memang jodohku,
jodohkanlah... Tapi kalau bukan jodohku,
Jodohkanlah jugak... Jika dia tidak
berjodoh denganku, maka jadikanlah kami
jodoh... Kalau dia bukan jodohku, jangan
sampai dia dapat jodoh yang lain, selain
aku... Kalau dia tidak bisa di jodohkan
denganku, jangan sampai dia dapat jodoh
yang lain, biarkan dia tidak berjodoh
sama seperti diriku... Dan saat dia
telah tidak memiliki jodoh, jodohkanlah
kami kembali... Kalau dia jodoh orang
lain, putuskanlah! Jodohkanlah dengan
ku.... Jika dia tetap menjadi jodoh
orang lain, biar orang itu ketemu jodoh
dengan yang lain dulu dan kemudian
jodohkan kembali dia dengan ku ...
"Amin...". hehehehe....♥-|✖|-♥