Reader Yang Setia

Tuesday, March 30, 2010

Ajal Ada Di mana-mana..Hati2 Ketika Mengisi Minyak!





Dirempuh ketika isi minyak

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Dirempuhketikaisiminyak/Article
2010/03/30

KUALA LUMPUR: Malang buat seorang lelaki yang sedang mengisi minyak keretanya apabila maut selepas dilanggar sebuah kereta yang terbabas akibat kemalangan di stesen minyak di Jalan Cheras, Taman Midah di sini.
Dalam kejadian jam 10.30 malam kelmarin itu, mangsa Mohd Yusri Abdul Wahab, 32, yang parah di keseluruhan kepala dan badannya dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) sebelum disahkan meninggal dunia jam 2.15 pagi semalam.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning, berkata lelaki itu mengisi minyak dilanggar sebuah kereta Hyundai Getz.

“Ketika itu mangsa baru sampai ke stesen minyak itu sebelum keluar daripada Proton Iswaranya.

“Siasatan awal mendapati Hyundai Getz itu dipandu seorang perempuan berusia 23 tahun. Kenderaan itu terbabas selepas terbabit satu lagi kemalangan dengan sebuah kereta di jalan raya berhampiran stesen minyak itu.

“Namun, pemandu wanita itu hanya cedera ringan” katanya di sini, semalam.

0 comments:

Post a Comment

CLICK FOR DETAILS

================

Da L.O.V.E Story
♥-|✖|-♥"Ya Allah , kalau dia memang jodohku,
jodohkanlah... Tapi kalau bukan jodohku,
Jodohkanlah jugak... Jika dia tidak
berjodoh denganku, maka jadikanlah kami
jodoh... Kalau dia bukan jodohku, jangan
sampai dia dapat jodoh yang lain, selain
aku... Kalau dia tidak bisa di jodohkan
denganku, jangan sampai dia dapat jodoh
yang lain, biarkan dia tidak berjodoh
sama seperti diriku... Dan saat dia
telah tidak memiliki jodoh, jodohkanlah
kami kembali... Kalau dia jodoh orang
lain, putuskanlah! Jodohkanlah dengan
ku.... Jika dia tetap menjadi jodoh
orang lain, biar orang itu ketemu jodoh
dengan yang lain dulu dan kemudian
jodohkan kembali dia dengan ku ...
"Amin...". hehehehe....♥-|✖|-♥
Suarapeople