Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup…
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu…
Jika kamu menadah air biarlah berpada. Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar memenuhi keperluanmu. Kerana apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang sedangkan jika kamu cuba membaikinya, mungkin ia masih boleh digunakan lagi…
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya, boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya…
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya lagi. Kamu akan menyesal…
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain?
Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan menyesal
cinta tidak perlukan sebarang alasan.
Jika kita dah sayang seseorang itu,
dan menyintai seseorang itu,
sebenarnya kita tidak mempunyai alasan
kerana hanya perasaan kita saja yang tahu
kenapa timbulnya rasa cinta itu.
Tidak dinamakan CINTA kalau melemparkan pasangan ke neraka.
Tidak dinamakan CINTA kalau buat diri dan pasangan jatuh ke lembah kenistaan dan maksiat.
Tidak dinamakan CINTA, kalau buat pasangan dan diri sendiri lupa serta jauh daripada Allah SWT..
Aku Insan Atas Nama Cinta....
Aku kehilangan cinta yang ku bangga selama ini....
Hidupku mula berubah...
Sekelilingku gelap dan sepi..
Dihujani kata-kata hina....
Sepi dunia dalamnya...
Gelap dunia luarnya...
Hina....
Aku mula bangkit,bangkit dari segala kesalahan yang dulu..
Aku cuba mencari cintaku yang hilang itu, tetapi mata hatiku seakan tidak terbuka pada pencarian cintaku yang hilang itu.
Malang ku fikirkan...
Duka yang ku rasa...
Dalam keseksaan yang dilaluiku,aku ternampak samar-samar cahaya. Mata hatiku terbuka ke arah itu. Hatiku mula dicium setitik harapan. Aku mula bertenaga.
Aku mula cuba hidup kembali. Aku mula mahu mengenali cahaya itu.
Cinta...apa yang difikirkannya hilang itu sebenarnya bukan cinta. Namun Tuan empunya cinta itu ada ceritaNya sendiri. CaraNya sendiri. Akhirnya 'Aku' itu mengenali milik siapakah cintanya itu. Sungguh ajaib, dalam derita dan kegelapan, 'Aku' itu akhirnya jumpa cinta yang sebenar. Cintanya yang hilang sebaik dia mula jinak dengan duniawi...SubhanAllah...Jodoh itu datangnya dari Allah =)
================
Da L.O.V.E Story
♥-|✖|-♥"Ya Allah , kalau dia memang jodohku,
jodohkanlah... Tapi kalau bukan jodohku,
Jodohkanlah jugak... Jika dia tidak
berjodoh denganku, maka jadikanlah kami
jodoh... Kalau dia bukan jodohku, jangan
sampai dia dapat jodoh yang lain, selain
aku... Kalau dia tidak bisa di jodohkan
denganku, jangan sampai dia dapat jodoh
yang lain, biarkan dia tidak berjodoh
sama seperti diriku... Dan saat dia
telah tidak memiliki jodoh, jodohkanlah
kami kembali... Kalau dia jodoh orang
lain, putuskanlah! Jodohkanlah dengan
ku.... Jika dia tetap menjadi jodoh
orang lain, biar orang itu ketemu jodoh
dengan yang lain dulu dan kemudian
jodohkan kembali dia dengan ku ...
"Amin...". hehehehe....♥-|✖|-♥